suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Filem Suatu Ketika tak dapat slot ‘prime time’ - “Ini bukan isu bersaing dengan Sangkar atau Dendam Pontianak”

PELAKON Pekin Ibrahim meluahkan rasa kecewa apabila filem Suata Ketika lakonannya bersama Namron menerima layanan double standard daripada pihak pawagan hingga gagal mendapat kutipan yang baik.

Pekin atau nama sebenarnya Mohd Iznan Ibrahim, 38, turut meminta bantuan penggiat seni tanah air agar sama-sama membantu menguar-uarkan filem yang memakan masa lapan tahun untuk disiapkan itu.

“Saya sendiri turun padang pada hari ketiga filem ini ditayangkan ke beberapa pawagam utama di sekitar Kuala Lumpur, amat menyedihkan apabila filem Suatu Ketika hanya ditayangkan pada waktu siang.

“Saya dengar sendiri perbualan satu keluarga yang datang nak menonton filem Suatu Ketika pada waktu malam, tapi sayangnya tiada tayangan.

“Jadi mereka ambil keputusan untuk tonton filem lain. Sedangkan dua buah filem lagi dapat sehingga enam tayangan, tapi satu pun tiada untuk filem ini. Ini memang tak adil,” kata Pekin kepada mStar.

pekin ibrahim


Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi