“Kalau tak ada duit saya boleh bagi percuma” - Hafiz Hamidun kecewa drama Insan Terpilih guna lagu zikir tanpa kebenaran - Video | mStar

“Kalau tak ada duit saya boleh bagi percuma” - Hafiz Hamidun kecewa drama Insan Terpilih guna lagu zikir tanpa kebenaran

KOMPOSER dan penyanyi Hafiz Hamidun melahirkan kekecewaan dengan sikap sebuah syarikat produksi kerana menggunakan lagu zikir nyanyiannya dalam drama Insan Terpilih yang disiarkan di TV3 tanpa kebenaran.

Jelas Hafiz, 35, syarikat produksi Aniq Communication Sdn Bhd tidak pernah mendapatkan kebenarannya untuk menggunakan zikir Ya Allah yang dimuatkan dalam album Zikir Terapi Diri 3.

Lebih mengecewakan pihak penerbit langsung tidak memberikan sebarang kredit kepadanya selaku penyanyi dan komposer pada akhir drama lakonan Syazwan Zulkifli itu.

“Mungkin akan ada orang kata takkan zikir pun tak boleh nak pakai, tapi bagi saya ia bukan soal nak minta bayaran. Sebenarnya lebih cantik kalau minta kebenaran dulu.

“Tapi masalahnya mereka langsung tak hubungi saya, isunya ialah karya kita digunakan tanpa kebenaran.

“Bukan tak boleh guna... tak ada masalah. Kalau tak ada duit nak bayar pun, saya boleh bagi secara percuma sahaja... apa salahnya,” kata Hafiz kepada mStar.

Kekesalan itu turut disuarakan Hafiz di Instagram menerusi beberapa posting di ruangan Instastory.

Susulan itu Hafiz memaklumkan wakil pihak produksi Aniq Communication Sdn Bhd akhirnya menghubungi bagi menjelaskan mengenai kecuaian itu.

Kata Hafiz, produksi mengakui mereka terlepas pandang mengenai isu hak cipta lagu zikir yang digunakan dalam drama berkenaan.

hafiz hamidun
Semua
Hiburan
Berita
Variasi