Top 5 Spotlight: Lufya dakwa tak bahagia… rumah tangga Sharnaaz, Noor Nabila goyah! - Video | mStar

Top 5 Spotlight: Lufya dakwa tak bahagia… rumah tangga Sharnaaz, Noor Nabila goyah!

RANGKUMAN Top 5 Spotlight minggu ini menyaksikan kisah rumah tangga pelakon Sharnaaz Ahmad dan isteri, Noor Nabila serta Lufya dan suami menjadi topik perbualan hangat netizen.

Isu membabitkan rumah tangga dua personaliti ini mengejutkan ramai pihak sehingga ia menjadi trending di laman sosial.

Selain itu, keputusan Faizal Tahir untuk berehat panjang daripada industri hiburan turut mengejutkan peminat.

Bukan itu sahaja, kontroversi membabitkan penyanyi Tajul dengan seorang pemilik kedai aksesori motosikal dan aksi manja Ruhainies bersama kekasihnya turut menarik perhatian masyarakat.

Sharnaaz Ahmad , Ruhainies , Tajul , Lufya , Faizal Tahir
Semua
Hiburan
Berita
Variasi