Duit banyak, peminat ramai punca kumpulan Boboy ‘culture shock’ - Video | mStar

Duit banyak, peminat ramai punca kumpulan Boboy ‘culture shock’

VOKALIS kumpulan Boboy, Naqiu yang pernah menjadi kegilaan remaja sekitar awal tahun 2000 berkata populariti yang diterima pada ketika itu menjadikan mereka mengalami kejutan budaya hingga mengambil keputusan untuk menghilangkan diri.

Akui Naqiu atau nama sebenarnya Wan Naqiuddin Mohd Najib, dia serta ahli kumpulan lain yang pada ketika itu berusia belasan tahun gagal menguruskan fenomena itu dengan baik.

“Ketika Boboy mula dikenali ia merupakan zaman di mana kumpulan yang terdiri daripada budak-budak sekolah menguasai industri muzik tempatan. Ketika itu saya baru berusia 13 tahun... dapat pegang duit yang banyak, ada ramai peminat dan boleh dikatakan ada segala-galanya.

“Memang saya culture shock ketika itu, ilmu tentang pengurusan dunia hiburan pun tiada. Jadi saya terus nekad untuk mendalami ilmu muzik terlebih dahulu dan terus menghilang daripada umum,” kata Naqiu kepada mStar.

naqiu , gegar vaganza 6 , gv6 , boboy
Semua
Hiburan
Berita
Variasi