suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Komen hina rupa paras, kakak Naim Daniel dikecam netizen - “Tak jangka kakak kacau macam tu”

TERLAJAK perahu boleh undur, terlajak komen terima kecaman! Itu situasi yang berlaku kepada kakak penyanyi Naim Daniel iaitu Emylia Izzati Baharin apabila meninggalkan komen gurauan terhadap adik lelakinya itu.

Naim atau nama sebenarnya Muhammad Naim Daniel Baharin, bagaimanapun bertindak memadam komen berkenaan bagi mengelakkan timbul lebih banyak salah faham.

“Saya tak sangka pun kakak saja-saja nak kacau di ruangan komen gambar tu, tapi kalau nak diikutkan memang dia selalu usik dengan komen-komen gurauan sebegitu. Tapi tak sangka pulak komen gurauan dia kali ini blow out dengan kecaman daripada pengikut saya.

“Mungkin ada yang tak kenal dia tambahan lagi akaunnya tidak ditetapkan untuk tatapan umum, bayangkan beratus komen masuk mengecam tindakannya. Risau juga kalau kakak 'koyak' dengan kecaman netizen, tapi setakat ni dia okay sahaja,” kata Naim kepada mStar.


naim daniel


Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi