“Saya hanya dapat fikir sejam untuk terima tawaran ini” - Sabhi Saddi buat kejutan sertai One Nation Emcees - Video | mStar

“Saya hanya dapat fikir sejam untuk terima tawaran ini” - Sabhi Saddi buat kejutan sertai One Nation Emcees

PENYANYI Sabhi Saddi membuat kejutan apabila muncul bersama kumpulan One Nation Emcess program Gegar Vaganza musim keenam (GV6) yang bakal bermula 13 Oktober ini.

Namun Sabhi, 35, mendedahkan dia sebenarnya merupakan bekas ahli asal kumpulan tersebut sebelum mereka mula memasuki arus perdana lagi.

“Sebenarnya saya dah ahli kumpulan One Nation Emcees sudah lama saling mengenali, kami memang berada dalam satu kumpulan sebelum saya memilih untuk meneruskan kerjaya solo satu ketika dahulu. Penyertaan saya dalam kumpulan ini untuk berjuang dalam GV6 pula adalah atas jemputan saat akhir apabila salah seorang ahli iaitu Zaidi tidak dapat memberi komitmen penuh.

“Saya tahu perkara ini akan menimbulkan tanda tanya tambahan lagi saya memang dikenali dengan lagu-lagu 'tangkap leleh', tapi jangan risau kerana saya takkan berubah arah menyanyi lagu rap di pentas GV6 ini,” kata Sabhi kepada mStar.

Dalam pada itu, Sabhi berkata, dia menerima tawaran untuk bersama kumpulan itu sehari sebelum sidang media GV6 selepas salah seorang ahli kumpulan itu iaitu Zaidi tidak dapat sertai pertandingan tersebut.

“Sehari sebelum kejadian Mimi ada hubungi sama ada saya boleh sertai atau tidak kerana mereka tidak cukup ahli. Saya hanya dapat fikir sejam sahaja kerana saya tahu perkara ini akan jadi tanda tanya.

“Saya terima kerana ini program ini memberi direction baru kepada One Nation Emcees,” ujarnya.

Selain One Nation Emcees, GV6 turut disertai Sham Visa, Noorshila Amin, Naqiu Boboy, kumpulan Kool dan Roy.

Turut serta ialah Feeza, Hady Mirza, Mazleela, Ameer Sofarzr, Nurfatima, Wann dan Jatt.

sabhi saddi , one netion emcees , gv6
Semua
Hiburan
Berita
Variasi