“Buat apa nak sorok?” - Peminat patah hati, Ariff Bahran kongsi gambar mesra dengan gadis bertindik hidung - Video | mStar

“Buat apa nak sorok?” - Peminat patah hati, Ariff Bahran kongsi gambar mesra dengan gadis bertindik hidung

BENDA baik mengapa perlu sorok? Itu antara komen penyanyi muda Ariff Bahran apabila diajukan soalan mengenai sekeping gambar mesra bersama seorang gadis di Instagram baru-baru ini.

Jelas Bahran atau nama sebenarnya Muhammad Ariff Bahran Ahmad Azhari, 21, perkongsian itu juga dibuat bagi menepis dakwaan kononnya dia mempunyai hubungan istimewa dengan penyanyi Sarah Suhairi.

“Ramai sangat dah bertanya tentang kisah percintaan saya, jadi saya tak nak sorok apa-apa. Kalau benda tu baik, buat apa nak sorok... doakan yang baik-baik.

“Secara tak langsung saya nak orang ramai faham bahawa Sarah dan saya hanya berkawan dan bekerja secara profesional," katanya kepada mStar.

ariff bahran
Semua
Hiburan
Berita
Variasi