“Saya nak masuk tapi tak dibenarkan” - Muna Shahirah tiada peluang ke Big Stage - Video | mStar

“Saya nak masuk tapi tak dibenarkan” - Muna Shahirah tiada peluang ke Big Stage

PENYANYI Muna Shahirah yang popular menerusi lagu Teguh Setia memberitahu dia tidak dibenarkan menyertai program Big Stage.

Menurut Muna, dia tidak dapat menyertai program itu disebabkan tidak menepati syarat berikutan pernah menjadi bekas peserta Akademi Fantasia 2014.

“Kalau ada peluang Muna memang nak masuk sebab Big Stage adalah platform yang sangat membantu penyanyi BBNU sekarang.

“Tapi disebabkan Muna dulu peserta Akademi Fantasia 2014, jadi Muna tidak dibenarkan masuk kerana semua peserta AF tidak boleh masuk Big Stage,” ujurnya kepada mStar.

Dalam pada itu, Muna sedar kewujudannya dalam industri masih belum cukup dikenali biarpun lagunya sering berkumandang di radio.

Tambahnya, dia sedang berusaha untuk mempromosi diri terutamanya di laman sosial.

Muna Shahirah
Semua
Hiburan
Berita
Variasi