“Sakit hati macam mana pun Bella senyum je” - Nabila Razali tak lut kecaman - Video | mStar

“Sakit hati macam mana pun Bella senyum je” - Nabila Razali tak lut kecaman

PENYANYI Nabila Razali memberitahu dia mula jatuh hati dalam dunia lakonan kerana dapat bergaul dengan lebih ramai anak seni dalam cabang berkenaan.

Menurut Nabila, 27, pengalaman yang dikongsi golongan pelakon dapat membuka matanya untuk terus berada dalam bidang seni.

“Apabila dah beberapa tahun menjadi penyanyi, Bella dapat rasa dunia lakonan ini lain sedikit sebab jumpa orang baharu dan lama dalam industri.

“Pengalaman yang mereka kongsi juga berbeza. Bella pula suka berborak dengan pelakon lama yang banyak bercerita pengalaman mereka,”ujarnya kepada mStar.

Sementara itu, Nabila berkata dia tidak kisah dengan kecaman netizen mengenai kualiti nyanyiannya.

Katanya dia melihat semua kecaman itu daripada sudut positif.

Nabila Razali
Semua
Hiburan
Berita
Variasi