suria

“Zaman dah berubah... beri ruang kepada kami” - Fad Bocey ulas isu DJ buat lawak, gelak sendiri

PELAWAK Fad Bocey meminta agar orang ramai diberi ruang kepada golongan penyampai muda untuk berkarya seperti yang dimahukan pihak stesen radio.

Bagaimanapun, Fad atau nama sebenarnya Muhammad Fadzlie Nizam, 28, berkata, sebagai generasi baharu mereka sentiasa menghormati teguran dan terbuka untuk menerima pandangan orang-orang lama.

“Kami menghormati apa sahaja persepsi otai-otai dalam bidang pengacaraan radio, tidak sesekali kami menidakkan pandangan mereka namun dalam pada masa sama kami minta diberi ruang untuk memacu dunia pengacaraan dalam dunia dan zaman yang baru ini.

“Ramai orang kata penyampaian radio oleh golongan pelawak banyak yang tak kena, tapi itulah diri kami yang sebenar. Kami kena ikhlas dan jujur, barulah pendengar dapat tangkap apa yang kami cuba sampaikan,” kata Fad kepada mStar.

Fad berkata demikian selepas golongan pelawak yang kini bergelar penyampai radio ditegur seorang penyampai senior melalui laporan satu portal hiburan.

fad bocey


Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi