Jayakan konsert buat arwah Achik Spin, Awis terkilan tak dapat bersama isteri ketika bersalin anak ketiga - Video | mStar

Jayakan konsert buat arwah Achik Spin, Awis terkilan tak dapat bersama isteri ketika bersalin anak ketiga

PENYANYI yang juga bekas vokalis kumpulan Spin, Awis, mengakui diselubungi perasaan bersalah apabila terpaksa meninggalkan isterinya yang hanya menunggu masa untuk melahirkan cahaya mata perempuan pertama mereka kerana menjayakan konsert tribute buat Allahyarham abangnya, Achik Spin.

Awis atau nama sebenarnya Arwis Qarani Md. Shari berkata, peristiwa yang berlaku dua tahun lalu itu diabadikan dalam sebuah lagu yang juga single pertamanya berjudul Menelusuri Rindu.

“Sebenarnya lagu ni saya hadiahkan kepada Isteri atas pengorbanannya, saya terkilan kerana tak dapat nak teman dia melahirkan anak perempuan pertama kami dua tahun lalu. Saya terpaksa tinggalkan dia yang ketika itu dah berada dalam wad bersalin semata-mata untuk terbang ke Singapura untuk menjayakan satu konsert

“Habis sahaja sound check, saya dimaklumkan isteri dah bersalin. Memang rasa macam hanya jasad yang ada di Singapura dan jiwa di Malaysia ketika itu,” kata Awis kepada mStar.

Dalam pada itu, Awis turut menjelaskan dia kini sudah bergerak secara solo sepenuhnya selepas kumpulan Spin mengambil keputusan untuk berpecah baru-baru ini.

Untuk rekod, Spin kembali aktif pada tahun 2015 apabila melancarkan lagu Sakit Terpanah dan pemilihan Awis untuk menyambung legasi Allahyarham abangnya dibuat selepas mendapat permintaan ramai.

“Saya dah bergerak solo, Spin sudah terkubur. Kami sudah kini membawa haluan masih-masing hampir dua tahun yang lalu.

“Banyak perkara yang berlaku semasa Spin masih bersama, namun biarlah kami sahaja yang tahu,” tambahnya.

awis spin
Semua
Hiburan
Berita
Variasi