Joy Revfa dah tak cari suami 'orang popular' - Video | mStar

Joy Revfa dah tak cari suami 'orang popular'

USAHAWAN kosmetik yang juga merupakan bekas isteri penyanyi Hafiz Hamidun berkata dia tidak serik untuk berkahwin lagi.

Joy atau nama sebenar Siti Arifah Mohd Amin mengakui dia didekati ramai lelaki terutamanya golongan selebriti.

Bagaimanapun, Joy meluahkan dia masih fobia untuk membuka pintu hati kepada mana-mana lelaki.

Joy Revfa mahu suami yang beriman dan penyayang.

"Sebagai wanita, saya kalau boleh nak kahwin cepat-cepat dan tidak serik untuk membina rumah tangga lagi.

"Namun, saya akui ada sedikit perasaan fobia kerana kegagalan perkahwinan dahulu," katanya kepada mStar Online.

Terdahulu, nama Joy Revfa menjadi perhatian apabila perkahwinannya pada 1 Mei tahun lalu dengan penyanyi dan komposer Hafiz Hamidun didakwa tidak sah.

Konflik tersebut akhirnya selesai selepas Hafiz melafazkan talak satu terhadap wanita itu di Mahkamah Rendah Syariah Daerah Petaling pada 25 Oktober 2017.

Tonton video penuh yang disediakan mStar Online.

Joy Revfa

Artikel Sebelum

"Tiada niat menghina" - Ismail Izzani

Artikel Berikut

Klik

default image

Tiga tahun penuh derita, pernah diburu ah long... Dr Azizan kongsi cerita pahit sebelum tubuhkan RichWorks – “Kalau berjaya sahaja tapi tak bantu orang untuk berjaya, saya tak puas”

PAKAR Pemasaran No. 1 Asia dan Mentor Keusahawanan, Dr Azizan Osman berkongsi kisah suka dukanya sebelum berada di tahapnya sekarang, sewaktu program NUH2020.

default image

Bandar unik, gaya hidup masa kini... Inilah keistimewaan Putrajaya

PUTRAJAYA bakal menjadi bandar seimbang yang bukan sahaja menumpukan aspek pentadbiran kerajaan, bahkan sektor swasta.

Artikel Lain