suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Dah tiga minggu sakit pinggang dan bahu, Ayu Damit dedah alami sakit misteri

PENYANYI Ayu Damit mendedahkan dia mengalami kesakitan teruk pada bahagian pinggang dan bahu.

Menurut Ayu atau nama sebenar Norayu Damit, 36, dia masih belum mengetahui punca sebenar masalah berkenaan yang berlaku sejak tiga minggu lalu.

“Dah tiga minggu sakit belakang dan bahu kiri, bila pergi klinik cuma berikan ubat radang tapi masih sakit juga… pergi urut pun sama juga masih sakit.

“Jadi memang kena daftar diri dan berjumpa dengan doktor di hospital nak tahu apa punca sakit ni, rasa sakit tu macam cucuk-cucuk di bahagian pinggang dan rasa tu akan hilang secara tiba-tiba saja.

“Rasa sakit tu akan hilang bila saya sibuk kerja tapi Alhamdulilah tidak menjejaskan aktiviti harian atau nyanyian,” katanya kepada mStar.

TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi