suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Doa ibu bahagia, Shila Amzah tak halang kahwin lagi

PENYANYI Shila Amzah tidak menghalang jika ibunya iaitu Fauziah Sarman ingin mendirikan rumah tangga lagi.

Sebagai anak, Shila atau nama sebenarnya Nurshahila Amir Amzah, 34, berkata dia hanya mahukan kebahagiaan buat ibunya dan berharap agar orang ramai dapat mendoakan yang terbaik buat keluarga mereka.

“Apa yang saya boleh katakan, semoga emak saya akan menemui kebahagiaannya. Saya minta semua yang membaca dan menonton program ini supaya doakan yang baik-baik,” katanya kepada mStar.

Tambah Shila lagi, dia tidak kisah dengan keputusan ibunya selagi wanita itu gembira dan tenang menjalani kehidupan.

“Apa yang penting asalkan emak gembira. Itu yang saya mahukan. Semua orang berhak mengecapi kebahagiaan termasuk emak saya,” ujarnya.

TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI

 



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi