suria

Mamat Sepah dan isteri sudah ikhtiar, letak soal anak di tangan Allah

DOA berkaitan anak antara banyak dipanjatkan pasangan pelawak Mamat Sepah dan isteri Nordiana Ibrahim sepanjang mengerjakan umrah di Tanah Suci Makkah pada April lalu. 

Lima tahun mendirikan rumah tangga, Mamat atau Mohd Noor Murad, 40, berkata, besar harapannya agar Allah SWT memakbulkan doa mereka namun meletakkan soal itu kepada rezeki.

“Doa tentang zuriat antara yang kami minta sepanjang berada di sana. Alhamdulillah kami tiada sebarang masalah cuma belum ada rezeki.

“Saya positif saja sebab keadaan kami sekarang pun agak sibuk... Kalau ada anak kecil risau terabai pula nanti.

“Pasti Allah akan berikan pada waktu paling tepat,” katanya kepada mStar.

Dalam pada itu, Mamat memberitahu dia dan isteri terbuka melakukan rawatan pensenyawaan In Vitro Fertilization (IVF), sebagai alternatif terakhir mereka mendapatkan zuriat.

TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi