suria

Lebih selesa ‘post’ foto seorang diri, Lia Aziz tunggu masa sesuai kongsi status rumah tangga

PENYANYI Lia Aziz tetap dengan pendiriannya untuk tidak memberikan komen berhubung spekulasi keretakan rumah tangganya.

Lebih selesa mendiamkan diri, Lia atau Nor Alia Farzana Abdul Aziz, 22, berkata dia akan memberitahu perkara sebenar apabila tiba waktunya.

“Kami okay saja macam saya beritahu sebelum ini, yang tahu saja tahu hubungan kami ini.

“Kalau tanya lebih lanjut saya tak mahu komen apa-apa, maaf ya sebab kami sudah putuskan untuk beritahu kepada pihak tertentu saja.

“Kami berdiam diri dulu buat masa kalau ada apa-apa nanti kami akan kongsikan cumanya belum waktunya lagi nanti lambat laun akan tiba juga masanya,” kata Lia kepada mStar.

TONTON VIDEO TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi