NAMANYA dipetik sebagai individu yang bercakaran dengan Datin Red iaitu bekas isteri pertama kepada usahawan Datuk Red, penyanyi Adira menafikan perkara tersebut.
Kata Adira atau Siti Adira Suhaimi, 34, dia juga tidak mengetahui insiden yang dikongsikan Datin Red atau Sharifah Norshafila Hashim di Instastorynya itu.
"Secara jujurnya, saya tak ambil tahu tetapi kalau berbalik kepada soalan tadi, apa yang pasti individu bercakaran dengan bekas madu bukan saya.
"Saya tak rasa itu adalah saya, memang bukan saya. Kalau mahukan kepastian boleh tanya kepada tuan empunya badan," katanya kepada mStar.
Adira memaklumkan perkara itu ketika ditemui pada majlis sidang media Konsert MeleTOP TVS di Bukit Jalil, pada Isnin.
Konsert tersebut dijadualkan bakal berlangsung di Stadium Tertutup Miri, Sarawak pada 17 Mei ini.
TONTON VIDEO TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI