SPEKULASI bertiup kencang mengatakan penyanyi Dayang Nurfaizah sudah menemui cinta sejati dan dikatakan bakal menamatkan zaman bujangnya.
Menjelaskan perkara tersebut, Dayang atau Nurfaizah Awang Dowty, 44, mengakui dia kini sedang mengenali dan berkawan rapat dengan seorang jejaka.
"Saya tidak nafikan sedang mengenali seseorang. Saya juga tidak mengiya atau menafikan (bakal berkahwin).
"Soal jodoh ini macam biasa dan memang kedengaran klise. Saya serahkan pada Allah SWT. Semoga peminat mendoakan yang terbaik untuk saya. "Mungkin orang sangka saya nak kahwin sebab lagu raya saya berjudul Jodoh Di Hari Raya," katanya kepada mStar.
Dayang memaklumkan perkara itu ketika ditemui pada majlis sidang media Konsert MeleTOP TVS di Bukit Jalil, pada Isnin.
Konsert tersebut dijadualkan bakal berlangsung di Stadium Tertutup Miri, Sarawak pada 17 Mei ini.
TONTON VIDEO TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI