suria

Yakin dengan kredibiliti diri, Nina Iskandar tak tercabar kehadiran pendatang baharu

PELAKON Nina Iskandar tidak berasa tercabar dengan kehadiran ramai bakat baharu susulan sudah enam tahun tidak aktif berlakon.

Jelas Nina atau Nur Akmalina Iskandar, 34, dia tahu  kemampuan dirinya sebagai pelakon berpengalaman dan mampu membawakan sebarang watak ditawarkan dengan baik. 

“Kali terakhir saya berlakon adalah pada 2018. Saya memang rindu untuk kembali berlakon sebab ini minat dan hobi saya. 

“Walaupun saya tahu sekarang ramai pendatang baru dalam industri lakonan, saya langsung tidak gementar kembali berlakon sebab saya tahu kredibiliti saya dekat mana. Saya mampu menyampaikan watak dengan bagus. 

“Untuk saya, pengikut di media sosial adalah tidak penting, yang penting adalah bakat. Semua tahu yang kalau saya berlakon semuanya watak berat. Saya mampu untuk sampaikannya,” katanya kepada mStar. 

TONTON VIDEO TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi