suria

Hebat anak Melayu nyanyi lagu Tamil, Zubir Khan bangga dapat satukan rakyat Malaysia... Abai komen rasis

GARA-GARA sering menyanyikan lagu berbahasa Tamil, ada individu yang kurang senang dengan penyanyi Zubir Khan.

Kata Zubir Khan atau Muhmmad Zubir Mohamad Ali, 24, dia sedih apabila ada pihak sengaja mencetuskan provokasi bagi memecah belahkan perpaduan kaum dalam Malaysia.

“Kalau ada lagi orang yang macam ini pasti nanti akan berbaur rasis, bukan saya nak pergi ke industri sana tapi cuma tunjuk bakat saya sebab saya ada impian sendiri nak buat lagu di negara luar.

“Kenapa perlu perkara macam ini nanti akan wujudkan pergaduhan sebab lagipun kita duduk di Malaysia ni berbilang bangsa.

“Sedih la bila ada orang macam ni sebab saya cuba sedaya upaya untuk rapatkan bangsa sebab saya ramai kawan berbangsa india dan kami baik saja,” kata Zubir kepada mStar.

TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi