suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Sharifah Sakinah kecewa ‘content creator’ tunggang isu peribadi demi publisiti, doakan mereka berubah

PELAKON Sharifah Sakinah kesal dengan tindakan segelintir influencer yang mengeluarkan kandungan tidak sepatutnya bagi tujuan meraih publisiti.

Kata Sakinah atau Sharifah Nurul Sakinah Syed Abu Bakar Al-Khaired, 34, perkara itu menjadi semakin berleluasa sehingga menyebabkan media sosial ketika ini lebih terarah menjadi negatif.

“Apa yang jadi dengan content creator kita sekarang ini? Sekarang ini semakin menjadi-jadi, mereka tidak menjual bakat mereka, tetapi mereka jual publisiti yang sangat murah. Disebabkan itu, dia dapat jenama murah (sebagai sumber kewangan).

“Awak jual kehidupan peribadi yang ‘murah’ (di media sosial), semestinya awak akan dapat jenama murah sebagai pendapatan. Saya sangat sedih dengan benda ini,” katanya kepada mStar.

Tambah Sakinah, personaliti media sosial zaman sekarang hanya bergantung kepada kehendak pengikut dan tidak percaya dengan bakat sendiri.

TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi