suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pakai tudung dan baju kurung pun dapat komen lucah, Ahirine rimas diganggu lelaki miang

PELAKON Ahrinie Ahirudin mengakui sering menerima komen berbaur lucah serta gangguan seksual di media sosial.

Mengulas mengenai perkara itu, Ahirine, 28, memilih untuk mengabaikan komen berkenaan namun meminta supaya mereka tidak melampaui batas sebelum tindakan undang-undang diambil.

“Tak kira lelaki atau perempuan ada juga macam tu tapi kalau nak komen buruk atau negatif serta nakal, saya tak menghalang dan terima semuanya cuma jangan melebih-lebih ya.

“Kalau tidak memang saya akan buat tindakan susulan dan buat laporan lagipun ini memang cara saya sebab suka sukan lasak malah dalam aktiviti yang saya buat kebanyakkannya lelaki jadi sebab tu faham macam mana pemikiran lelaki ni.

“Rimas tu pasti ada nak buat macam mana sampaikan bila saya pakai tudung mesti akan komen benda yang sama,” kata Ahirine kepada mStar.

TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi