suria

“Siapa kita nak halang rezeki orang” - Rosyam Nor tiada masalah ambil artis kontroversi, tak perlu sampai boikot

PELAKON dan penerbit Datuk Rosyam Nor bersikap profesional dengan tidak memberikan sokongan terhadap kegiatan boikot kepada artis-artis yang terpalit dengan kontroversi.

Kata Rosyam atau Mohamed Noor Shamsuddin, 57, dia tidak mempunyai masalah untuk mengambil artis yang berkaitan untuk berlakon di bawah syarikat produksi miliknya jika watak tersebut bersesuaian dengan mereka.

“Saya tiada masalah, kalau sesuai dengan watak saya ambil sahaja. Bukan tugas saya nak halang rezeki orang. Mungkin kesilapan itu, kesilapan yang dia dah buat dan juga terbuka kepada umum.

“Orang lain buat kesilapan tapi tak terbuka, Allah tutup aib dia. Saya pun ada silap juga. Siapa kita nak halang rezeki orang, kalau dia ada rezeki kerja dengan saya, saya ambil sahaja,” katanya kepada mStar.

Ditanya kegusarannya jika diboikot netizen, Rosyam berkata dia tidak berasa risau akan perkara tersebut.

“Ramai artis dulu-dulu yang ada masalah tapi ada sahaja orang terima. Sekejap sahaja,” ujarnya.

TONTON VIDEO PENUH TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi