BEKAS peserta program Idola Kecil musim kedua iaitu Ariel Fesol memberitahu dia kini lebih aktif menjayakan persembahan di pentas kecil sahaja.
Ariel atau nama sebenarnya Muhamad Fhazril Fesol, 26, memilih untuk kembali aktif selepas video dia menyanyi di dalam pesawat tular di media sosial.
Selain nyanyian, Ariel yang juga merupakan pramugara sebuah syarikat penerbangan ini turut memberitahu dia ingin mencuba dunia lakonan dengan menghadiri uji bakat Projek Kahar awal bulan lalu.
”Untuk ujibakat itu, kalau ada rezeki ada la.
“Sekarang saya tak ada nak kejar apa-apa, tak ada benda yang saya harapkan, jadi saya hanya fokus dengan apa yang ada,” katanya kepada mStar.
TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI

































































































































































