suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

‘Speed dating’ didakwa tak ikut syariat Islam, penganjur minta agamawan bagi penyelesaian bukan kritikan

PROGRAM speed dating anjuran Pertama Kali pada awal Mei tidak melibatkan sebarang aktiviti bercanggah dengan syariat Islam seperti didakwa segelintir pihak.

Penasihat program itu, Mirzan Majid, 27, sebaliknya menjelaskan semua peserta terlibat dipantau dengan ketat selain perlu mematuhi peraturan ditetapkan penganjur.

"Program ini ada peraturannya. Apa yang boleh dan apa tidak dibenarkan. Malah jika ada di antara mereka yang ingin bertukar-tukar nombor telefon pun perlu memaklumkan pihak penganjur.

"Malah persoalan mengenai pergaulan, sudah tentu pihak kami menjaga dan menitik berat soal batasan antara lelaki dan wanita," katanya kepada mStar.

Dalam pada itu, Mirzan berkata, dia yakin program diadakan itu sesuatu yang baik dan tidak menentang agama.

Malah Mirzan berharap, pihak yang mempertikaikan acara itu agar memberikan idea dan penyelesaian daripada terus mengkritik tanpa usul periksa.

"Kami terbuka menerima sebarang teguran dan daripada mengkritik apa kata beri idea dan penyelesaian agar program ini dapat ditambah baik," ujarnya.

Sebelum ini pendakwah bebas Asma Harun lantang menyelar speed dating yang didakwa tidak mengikut landasan Islam dalam bertaaruf.

Asma berkata situasi ini merisaukan kerana perjalanan speed dating tidak lari dari temu janji atau 'dating' tanpa dihadiri oleh orang yang lebih tua atau dipercayai.

TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi