suria

Impian peminat akhirnya tercapai, Lan Pet Pet umum ‘comeback’ bersama Senario... Bakal tampil karya terbaharu

SETELAH sekian lama menyepi dalam dunia komedi, akhirnya pelawak dan pelakon Lan Pet Pet memberi bayangan bakal kembali bersama ahli kumpulan lamanya iaitu Senario tidak lama lagi.

Lan atau Mazlan Ahmad, 54, berkata dia bakal kembali aktif bersama kumpulan Senario tahun depan selepas melihat permintaan tinggi daripada peminat yang mahu mereka kembali bersatu.

“Sebenarnya pengarah Ahmad Idham cabar saya dan saya sahut cabaran itu untuk kembali bersama Senario untuk projek filem terbaru Senario Legend tak lama lagi untuk tahun 2024.

“Kepada rakan-rakan Senario bersiap sedia tenaga, minda, jiwa dan hati untuk kita letupkan projek yang terbaharu ini dalam filem Senario The Legend.

“Ini juga salah satu permintaan yang tinggi daripada peminat untuk lihat kami bersatu, jadi tak mahu hampakan peminat sebab mereka sokong kami bila buat live di Tiktok,” kata Lan kepada mStar.

TONTON VIDEO PENUH TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi