suria

Bukan isu ‘tebus’ kekalahan di tangan Aliff Aziz, kemenangan bergantung pada nasib dan tuah – Nikki Palikat

PENYANYI Nikki Palikat tidak melihat kejayaannya mara ke final All Stars Gegar Vaganza (ASGV) yang berlangsung pada malam Ahad lalu sebagai menebus kekalahan terhadap juara musim kelapan iaitu Alif Aziz.

Nikki, 38, sebaliknya berkata, kemenangan seseorang bergantung kepada hari persembahan malah dia sepatutnya sudah tersingkir pada minggu kelapan ASGV sekiranya ada penyingkiran.

"Saya tak lihat saya dah tewaskan Aliff kerana ini semua mainan nasib... Seperti minggu kelapan kalau tak disebabkan tiada penyingkiran saya tiada di sini (final).

"Jadi tanggapan itu tidak betul sebab semuanya bergantung pada persembahan pada hari berkenaan.

"Adakalanya sesi raptai kita teruk tapi bila siaran langsung sebaliknya pula yang berlaku," katanya kepada mStar.

Untuk rekod, Nikki berada di kedudukan ketiga berdasarkan peratusan markah diberi juri profesional manakala Jaclyn Victor pula muncul juara ASGV.

TONTON VIDEO TEMUBUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi