suria

Tiga hari masuk ICU bagai mati hidup semula, Nora Ariffin syukur dah sihat keluar hospital masih boleh menyanyi

PENYANYI Datuk Nora Ariffin memberitahu tidak ambil pusing komen netizen mendakwa kononnya dia jatuh sakit sebelum ini angkara sihir dan buatan orang.

Mengulas mengenai perkara itu, Nora atau nama sebenarnya Wan Norafizah Wan Ariffin, berkata dia memilih untuk positif berdepan penyakit berkenaan kerana hanya dia dan keluarga sahaja yang mengetahui situasi sebenar.

“Alhamdulilah keadaan sekarang ini semakin baik dan sihat boleh lakukan aktiviti harian seperti biasa.

“Saya tak fikir mengenai apa yang orang nak cakap fasal saya sebab kalau fikir banyak sangat, nanti banyak perkara tak jadi.

“Lagipun saya tahu keadaan diri saya, jadi saya bertawakal saja dan fikir baik-baik saja,” kata Nora kepada mStar.

TONTON VIDEO TEMUBUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI

Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi