suria

Rosyam Nor tak terikut-ikut aktor Hollywood dan Bollywood tayang badan, cukup perut tak boroi

PELAKON Datuk Rosyam Nor tidak pernah memasang impian untuk mendapatkan bentuk fizikal berotot seperti pelakon Hollywood dan Bollywood seusianya.

Rosyam atau Mohamed Noor Shamsuddin, 56, berkata, sebagai seorang beragama Islam dan berbangsa Melayu dia tidak melihat mendapatkan bentuk badan kekar pada usia sekarang sebagai perkara penting.

Sebaliknya dia sudah cukup gembira dengan penampilannya ketika yang mana kulitnya tidak menggeleber atau berperut buncit.

“Mungkin di Hollywood dan Bollywood berbeza, mereka boleh jual badan tapi saya orang Melayu, saya orang Islam jadi saya rasa itu tak penting sangatlah... Cukup kalau saya tampil dengan fizikal tak boyot dan tak menggeleber.

“Saya rasa dalam usia saya itu dah cukup... Dulu saya pernah tayang badan saya, takkan hari ini saya nak buat perkara serupa,” katanya kepada mStar.

Dalam perkembangan lain, Rosyam merupakan antara pelakon yang dipilih membintangi filem Keluang Man yang dijangka memulakan penggambaran pada April tahun depan.

Filem tersebut dijadualkan menemui penonton di pawagam pada tahun 2025.

TONTON VIDEO TEMUBUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI

Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi