suria

10 tahun bersama Caliph Busker... Fendy pilih gerak solo, bosan mahu cuba benda baharu

DRAMMER dan penyanyi Fendy Caliph Busker menafikan beberapa dakwaan berlaku perselisihan faham dalam kumpulan menyebabkan dia bergerak solo.

Kata Fendi, 32, 10 tahun bersama dengan kumpulan Caliph Busker itu membuatkan dia berasa sedikit bosan dan ingin mencuba sesuatu yang baharu serta mencari rezeki lebih.

“Sebenarnya saya dan kumpulan Caliph Busker tiada masalah apa-apa, setiap daripada ahli kumpulan kami memang akan ada projek solo sendiri.

“Kami antara ahli kumpulan tak pernah masuk campur pun soal pendapatan masing-masing, kalau dapat lebih itu rezeki masing-masing, yang penting bila show kumpulan semua kena terlibat.

“10 tahun lebih bersama Caliph Busker tu, faham dah perangai masing-masing dan tiada buat lakukan secara mendadak jadi saya nak cuba perkara baharu dalam kerjaya seni ni, asyik buat benda yang sama saja bosan juga,” kata Fendy kepada mStar.

TONTON VIDEO TEMUBUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI

Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi