suria

Markah dinilai berdasarkan sorakan penonton, Abon tegur juri tak jujur berat sebelah

PELAWAK dan pelakon Abon meminta supaya juri pertandingan lawak dan komedi bersikap adil terhadap peserta serta tidak memberikan komen berat sebelah yang hanya memandang kepada populariti semata-mata.

Mengulas mengenai perkara itu, Abon atau Sharizan Ahmad, 63, berpendapat juri haruslah peka dalam menilai serta memberikan markah persembah dan bukannya melihat kepada kemeriahan sorakan penonton atau jumlah kelab peminat yang hadir sewaktu pertandingan.

“Juri mahukan macam mana kalau letakkan dia atas pentas, adakah dia tahu buat macam mana kami buat dan bukannya nak salahkan juri sebab mereka hanya menilai daripada jumlah sorakan penonton yang hadir.

“Ramai yang tepuk dan bersorak maknanya peserta itu bagus, kalau macam tu tak perlu jadi juri baik penonton jadi juri saja.

“Kalau macam tu baik saya bayar saja penonton yang hadir untuk bersorak untuk saya sewaktu buat persembahan, cuba dengar lawak tu kadang-kadang riuh tapi lawaknya tak faham pun,” kata Abon kepada mStar.

TONTON VIDEO PENUH TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI

Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi