suria

Zoey Rahman ‘buat muka’ demi kepuasan diri, perlu jaga penampilan sebagai founder produk kosmetik

PELAKON Zoey Rahman mengakui lebih berkeyakinan setelah melakukan transformasi pada wajahnya yang dilihat jauh lebih muda daripada usia sebenar.

Meskipun ada netizen meninggalkan kritikan, namun Zoey atau Mohd Hairey Azhar Abdul Rahman, 38 berkata dia enggan ambil peduli kerana apa yang dilakukan itu adalah untuk kepuasan dirinya.

“Kita kena sentiasa positif dan sentiasa hidup sihat serta jauh daripada orang toksik, orang tak suka abaikan saja, itu dalaman tapi luaran kena la jaga cuci muka sentiasa okay.

“Muka kena jaga malah saya dalam perniagaan kosmetik kalau orang lihat muka berkedut nanti orang tak yakin pula dengan produk kita tu.

“Saya tak peduli dengan apa yang orang nak cakap pasal saya, lagipun saya buat bukan untuk orang lain tapi untuk kepuasan diri, yang penting keluarga terima saya seadanya serta rakan-rakan pun okay dan terpulang kalau tak suka pun tak apa,” kata Zoey kepada mStar.

TONTON VIDEO TEMUBUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI

Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi