suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Bell Ngasri takut kalau dapat ‘job’ bayaran dahsyat, syukur belum pernah terima tawaran promosi iklan judi

PELAKON Bell Ngasri bersyukur dirinya tidak pernah menerima apa-apa tawaran mempromosikan iklan judi dalam talian.

Meskipun begitu, Bell atau Nasrizal Ngasri, 43, mengakui bimbang jika terpengaruh dengan tawaran dan bayaran tinggi untuk mempromosikan iklan berkenaan.

“Saya risau juga kalau mereka tawarkan bayaran dahsyat-dahsyat, saya risau perkara itu tapi Alhamdulillah mereka tak panggil.

“Itu membuatkan saya risau untuk ambil kerja-kerja berkaitan judi ni.

“Alhamdulillah Tuhan bawa saya ke arah yang baik insyaAllah,” katanya kepada mStar.

Dalam perkembangan lain, Bell merupakan watak utama dalam drama bersiri fantasi berjudul Hikayat Pak Belalang yang bakal ditayangkan di saluran Astro Ceria bermula 11 Disember depan.

TONTON VIDEO TEMUBUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi