suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Rakan pengacara gurau isu sensitif... Ruhainies tak simpan dalam hati, mahu hidup tenang

PELAKON Ruhainies memberitahu tidak terasa hati walaupun dirinya dijadikan bahan gurauan oleh seorang pengacara program hiburan sewaktu bersiaran secara langsung, baru-baru ini.

Mengulas mengenai perkara itu, Ruhainies atau Nur Ruhainies Farehah Zainul Ilyas, 31, berkata meskipun gurauan itu dilihat agak kasar, namun dia memilih untuk enggan memanjangkan isu ini dengan memaafkan pengacara wanita itu demi menjaga hubungan mereka.

"Sebelum pergi ke program tu saya dah boleh agak perkara ini akan berlaku sebab semua orang tahu dia suka bergurau.

"Saya ambil apa yang berlaku ni perkara yang positif dan tak ambil hati mahu pun besarkan isu kerana masing-masing sudah matang dalam industri lagipun ini bukan kali pertama berlaku.

"Saya tak akan gurau macam tu sebab agak sensitif tapi kalau itu cara dia saya terima saja, lagi pun hubungan dengan dia okay saja setakat ni tak nak bermasam muka," kata Ruhainies kepada mStar.

TONTON VIDEO TEMUBUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi