suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Setiap hari Aiman Tino nasihat isteri ubah penampilan seksi, minta netizen jangan melampau buat teguran

GARA-GARA mempamerkan imej seksi di media sosial, isteri penyanyi Aiman Tino iaitu Che Syarah Haifah menjadi sasaran netizen yang meminta wanita berkenaan berpakaian sopan.

Aiman atau Muhammad Aiman Yusri, 25, berkata, dia terima dengan hati terbuka komen tersebut malah sudah menjalankan tanggungjawab sebagai suami dengan menasihati dan menegur isterinya.

"Ada yang komen serta tegur saya terima dengan hati terbuka tapi jangan sampai menggores perasaan orang lain.

"Sebagai suami saya sudah jalankan tanggungjawab... Saya sudah nasihat dan tegur tapi siapa kita nak paksa sebab tiada kuasa mengenai itu?

"Paling penting setiap hari Aiman akan cakap dan nasihatkan isteri," katanya kepada mStar.

TONTON VIDEO TEMUBUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi