suria

Netizen laga-lagakan dengan Hady Mirza, Naqiu kesal sampai babitkan nama negara... “Kami semua dah macam famili”

FIKIR dahulu sebelum bercakap!

Penyanyi Naqiu kesal dengan tindakan segelintir pihak cuba melaga-lagakan hubungan persahabatannya dengan Hady Mirza sehingga membabitkan nama dua negara.

Naqiu atau Wan Naqiuddin Mohd Najib, 37, berkata dia dan Hady sudah seperti adik beradik dan hubungan mereka begitu akrab sejak menyertai program nyanyian Gegar Vaganza.

Malah, Naqiu berkata dia tersentuh hati apabila Hady pernah memarahi netizen yang berkata buruk mengenai dirinya di Instagram.

"Saya pernah cakap dengan Hady yang saya kesal bila ada yang cakap kami bergaduh sehingga membabitkan nama negara.

"Ada orang yang sokong saya mengata dia dan ada yang sokong dia mengata saya.

"Dan satu perkara yang dia buat untuk saya buatkan saya sangat tersentuh, dia marah orang yang mengata saya dekat IG," katanya kepada mStar.

Untuk rekod Naqiu dan Hady merupakan juara bersama GV musim keenam dan masing-masing adalah finalis All Stars Gegar Vaganza.

TONTON VIDEO TEMUBUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi