suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Ziela Jalil tutup sementara syarikat produksi, terkilan ‘proposal’ sering ditolak stesen televisyen

PELAKON dan penerbit Datuk Ziela Jalil memberitahu dia kini akan hentikan seketika untuk menjalankan gerak kerja syarikat produksi filem miliknya iaitu Pena Creactive Picture kerana faktor kurang mendapat tawaran menerbitkan drama daripada stesen televisyen.

Ziela atau nama sebenarnya Norazilah Abdul Jalil, 53, berkata keputusan itu dibuat kerana mengakui sedikit terkilan apabila hasil karya syarikatnya tidak dipandang dan seolah tidak dihargai sejak lima tahun lalu.

“Syarikat saya tidak lagi hasilkan karya selama lima tahun atas banyak cerita dan faktor dan kini saya kalau rindu untuk beraksi hanya menumpang produksi kawan-kawan saja seperti Erma Fatima.

“Saya agak sedikit terkilan dengan industri lagi pun syarikat saya sudah lama berada dalam industri dan banyak proposal yang kami berikan semuanya ditolak sedangkan hasil kerja kami bermutu tinggi dan pernah menang banyak anugerah sebelum ini.

“Tapi tak apa saya tahu rezeki Allah tu ada kalau ada masa nanti mungkin akan kembali semula aktif cumanya buat masa ini nak tenang dulu dengan keluarga saja la,” kata Ziela kepada mStar.

TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi