suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Izzue Islam rindu Forteen, bangga ‘Berdua Bersatu’ kembali trending di TikTok… Ramai peminat minta buat ‘comeback’

MELIHAT lagu berjudul Berdua Bersatu nyanyian Forteen kembali menjadi tular di media sosial, bekas anggotanya iaitu Izzue Islam mengakui timbul perasaan rindu untuk kembali beraksi bersama kumpulan itu.

Izzue atau nama sebenarnya Muhammad Izzul Islam Mazlan, 33, berkata keputusan untuk kembali bersama Forteen agak sukar meskipun mendapat permintaan dalam kalangan peminat yang mahu mereka bersatu kembali.

“Bila orang mula bercakap balik mengenai lagu Berdua Bersatu ni pastinya gembira sebab saya juga sebahagian daripada Forteen, lagi pun lagu ini tahun 2011 dan single pertama kumpulan Forteen dulu.

“Selepas daripada isu lama itu saya dengan Forteen memang tak ada masalah dan ada juga saya jumpa berborak dengan mereka sebelum ini.

“Untuk bersama dengan kumpulan Forteen tu mungkin tidak rasanya sebab masing-masing ada karier sendiri kalau untuk projek khas mungkin boleh tapi untuk masa terdekat ini macam tak ada lagi,” kata Izzue kepada mStar.

TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi