suria

Tak mainlah cucuk... Hun Haqeem segan dipuji makin ‘elok’ - “Alhamdulillah belum lagi”

PELAKON Hun Haqeem berasa segan apabila ada segelintir pihak memuji rupa parasnya yang dikatakan semakin kacak.

Hun, 25, bagaimanapun menyangkal dakwaan dia melakukan sebarang rawatan kosmetik bagi mendapatkan penampilan berbeza pada wajahnya.

"Saya rasa segan tapi bersyukur dengan pujian yang diterima... Terima kasih banyak-banyak.

"Alhamdulillah saya belum lagi buat suntikan wajah," katanya kepada mStar.

Dalam pada itu, Hun mendedahkan dia bakal berehat daripada dunia lakonan sehingga penghujung tahun ini.

Kata Hun, tempoh itu diambil bagi membolehkan kecederaan anterior cruciate ligament (ACL) dialaminya ketika menjayakan drama Viu Original W:Two World pulih sepenuhnya.

TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI

Semua
Hiburan
Berita
Variasi