suria

[V] Sophia Albarakbah doa jumpa lelaki baik, jawab status hubungan dengan Mr Doktor

PELAKON Sophina Albarakbah memilih untuk terus mengunci mulut daripada menjawab dakwaan hubungannya bersama teman lelaki dikenali sebagai Mr Doktor sudah berakhir.

Sophia, 30, bagaimanapun berkata dia cuma berharap agar dipertemukan dengan pasangan hidup yang lebih baik selepas ini.

"Saya tak nak komen mengenai hidup perbadi saya.... cuma doakan saya bertemu dengan lelaki yang baik-baik," katanya.

Snapinsta.app_339186156_599359008759023_8663265095684848085_n_1080

Sophia belum bersedia berkongsi status hubungan.

Sophia berkongsi perkara itu ketika ditemui acara Viu Lokal Lah yang berlangsung di Kuala Lumpur pada petang Khamis.

Dalam pada itu, Sophia memaklumkan dia mahu memberi fokus kepada kerjaya lakonannya buat masa ini.

Jelasnya perubahan status itu tidak mengganggu tumpuannya sebaliknya dia masih melalui kehidupan seperti biasa.

"Sekarang ini saya dalam fasa fokus kerja... sebab selepas ini akan penggambaran untuk filem pula," kongsinya.

ARTIKEL BERKAITAN: Menang ‘Aktres Filem Popular’ sebab kontroversi, Sophia Albarakbah mahu buktikan diri layak

ARTIKEL BERKAITAN: Nama Sophia Albarakbah kena ‘petik’ ganggu rumah tangga selebriti popular - “Cukup-cukuplah salahkan saya”

Dalam perkembangan lain, Sophia yang memegang watak sebagai Bianca Rozario di dalam drama From Saga With Love memaklumkan mudah mencipta keserasian bersama barisan pelakon drama tersebut.

Katanya meskipun pertama kali berkerjasama namun mereka seperti rakan karib apabila berada di set penggambaran.

"Kami pertama kali berkerjasama dan tidak pernah jumpa sebelum ini tapi bila masuk set kami boleh jadi kawan baik.

Snapinsta.app_366198315_272626988820744_3491963646355754386_n_1080

Sophia seronok jalani penggambaran di Osaka Jepun.

"Saya gembira dan tak sangka kami boleh dapat keserasian bersama dengan cepat mungkin sebab kami jalani penggambaran di Osaka, Jepun.

Namun dia bersama rakan-rakannya itu berdepan dengan beberapa cabaran semasa menjalani penggambaran di Osaka terutama dalam komunikasi.

"Di sana tidak semua mereka mahir berbahasa Inggeris, jadi susah sikit nak berkomunikasi sampai kami terpaksa guna penterjemah untuk bercakap.

"Tapi mereka semua baik-baik dan Jepun cantik... negara dia orang bersih," kongsinya.

Selain Sophia, drama From Saga With Love juga dibintangi Ikmal Amry, Fimie Don dan Siti Khadijah Halim.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain