suria

Nama Sophia Albarakbah kena ‘petik’ ganggu rumah tangga selebriti popular - “Cukup-cukuplah salahkan saya”

Sophia kesal nama dituduh ganggu rumah tangga artis.

PELAKON Sophia Albarakbah kesal apabila namanya sekali lagi dikaitkan sebagai orang ketiga yang cuba meruntuhkan rumah tangga pasangan selebriti popular.

Menepis dakwaan itu, Sophia, 30, turut meminta orang ramai berhenti mengaitkan dia dengan tohmahan yang disifatkan sebagai tidak berasas.

"Saya jarang merungut di media sosial tetapi ada sesuatu yang nak diluahkan.

sohia 2

Sophia meluahkan ras marah apabila ada yang kembalikan kaitkan namanya.

"Kepada yang sebut dan kaitkan saya dengan hal rumah tangga pasangan selebriti terkenal... bukan saya yang dimaksudkan,' katanya.

Sophia menulis perkara tersebut di laman Instagram miliknya pada Isnin.

Pelakon itu membuat kenyataan tersebut apabila seorang pelakon wanita baru-baru ini mendedahkan ada rakan artis cuba mendekati suaminya ketika dia sedang hamil anak pertama.

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Hati Sophia Albarakbah milik ‘Mr Doctor’, minta jangan ungkit lagi kontroversi kacau rumah tangga Aliff Aziz

ARTIKEL BERKAITAN: Sophia Albarakbah terkejut video lama kembali tular, kesal tindakan pihak sengaja sebar aib

Disebabkan perkongsian tersebut, netizen mula menyebut nama Sophia sebagai individu dimaksudkan selebriti berkenaan.

Dalam pada itu, Sophia menegaskan dia enggan lagi terbabit dalam kancah kontroversi melibatkan kisah cinta tiga segi pasangan selebriti seperti mana pernah hangat diperkatakan sebelum ini.

sophia 3

Sophia enggan lagi terlibat dengan kontroversi.

"Cukup-cukuplah salahkan saya. Saya tidak mahu dengar lagi khabar angin melibatkan diri saya," tegasnya.

Sebelum ini, nama Sophia menjadi bualan hangat apabila dia didakwa bermain cinta dengan pelakon Aliff Aziz ketika mereka sama-sama terlibat dalam penggambaran drama Ku Akad Kau Dengan Bismillah.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain