suria

Sophia Albarakbah terkejut video lama kembali tular, kesal tindakan pihak sengaja sebar aib

PELAKON Sophia Albarakbah meluahkan rasa kesal apabila ada pihak sengaja memuat naik semula video lama memperlihatkan dirinya berpenampilan seksi ketika berada di pantai.

Gara-gara tindakan tidak bertanggungjawab pihak berkenaan, Sophia menerima kecaman hebat netizen kerana dikatakan tidak menjaga imej seorang Muslim.

Menjelas mengenai perkara itu, Sophia, 30, memberitahu video itu dimuat naik kira-kira dua tahun lalu dan sudah diturunkan daripada media sosial.

“Sebenarnya video tu sudah lama, saya sudah buang daripada media sosial saya dua tahun lalu tapi tak tahu macam mana boleh timbul balik.

“Saya rasa ada orang yang dengki dan khianat dengan saya sebab sengaja membuka aib saya sedangkan perkara itu sudah lama berlalu,” kata Sophia kepada mStar.

Dalam pada itu Sophia juga menjelaskan dia ada meminta pihak berkenaan untuk menurunkan video berkenaan dan minta untuk membuat permohonan maaf kepadanya.

“Saya ada mesej dan minta untuk turunkan video itu... ada yang sudah mohon maaf kepada saya tapi ada juga yang buat tak tahu, bagi saya perkara ini tidak bagus sebab menjatuhkan maruah seseorang,” jelasnya.

TONTON VIDEO TEMUBUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI

Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi