suria

Remy Ishak menahan rindu, dah seminggu tak jumpa anak… “Baru saya tahu perasaan berjauhan itu”

Remy mula rasa rindu selepas berjauhan dengan cahaya mata.

SELEPAS sebulan bergelar bapa, pelakon Remy Ishak mengakui mula berasa rindu terhadap anaknya ketika keluar bekerja.

Selepas bergelar seorang bapa, Remy atau Mohammad Zalimie Ishak, 41, berkata dia mula merasai perasaan terpaksa berjauhan dengan anak tersayang.

"Sebelum ini selalu juga lihat kawan-kawan yang ada anak ni tak boleh berpisah.

remy2 - 1

Remy teruja menyambut kelahiran cahaya mata pertama.

"Sekarang baru seminggu tinggalkan Tuah dan Ezza (isteri), baru saya tahu macam mana rasa dan perasaannya bila berjauhan," katanya.

Remy berkongsi perkara itu menerusi satu hantaran yang dimuat naik di Instagram miliknya pada Khamis.

ARTIKEL BERKAITAN: Klasik! Remy Ishak dan isteri sepakat beri nama anak Tuah Alam... "Saya nak ada unsur Melayu"

ARTIKEL BERKAITAN: Remy Ishak dah jadi bapa! Isteri selamat bersalin

Difahamkan Remy kini berada di Kelantan bagi menjalani penggambaran filem Munajat Kasih arahan pengarah Osman Ali.

Dalam perkongsian itu juga, Remy memaklumkan anak lelaki diberi nama Tuah Alam itu berada dalam keadaan sihat.

"Tuah Alam sekarang dah cukup sebulan umurnya... syukur Alhamdulillah sihat walafiat.

"Lagi sebulan ayahanda balik ya Tuah," ujarnya.

remy1 - 1

Remy dan Ezza mendirikan rumah tangga dua tahun lalu.

Pada 27 Julai lalu, isteri Remy iaitu Ezza Yusof selamat melahirkan cahaya mata pertama mereka kira-kira pukul 11.17 pagi Khamis di sebuah pusat perubatan swasta di Kuala Lumpur.

Selepas tiga minggu menimang cahaya mata, Remy akhirnya mengumumkan nama putera sulungnya itu sebagai Tuah Alam iaitu nama yang mempunyai unsur kemelayuan.

Untuk rekod, Remy dan Ezza mendirikan rumah tangga pada 21 Ogos 2021 selepas tujuh tahun menjalinkan hubungan cinta.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain