suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Sebulan tak boleh bangun, badan terlalu lemah… Ayai Ilusi semakin pulih selepas amal jus buah kulim

BERDEPAN komplikasi penyakit usus dan buah pinggang sejak setahun lalu, penyanyi Ayai Ilusi bersyukur keadaan kesihatannya kini semaki pulih.

Kata Ayai atau Zaharuddin Kamaruddin, 61, penyakit itu membuatkan dia tidak boleh bangun selama sebulan dan tidak mampu membuat persembahan.

“Terus terang saya katakan semasa saya kena sakit tersebut sebulan saya tak boleh bangun.

“Semasa saya sakit tu nak buat persembahan pun saya lemah memang saya dah tak boleh menyanyi.

“Nak nyanyi kita perlukan tenaga dan saya rasa sendiri waktu itu saya tak boleh menyanyi,” katanya kepada mStar.

Berikhtiar mengamalkan jus buah kulim, Ayai memberitahu kesihatannya semakin pulih lebih-lebih lagi masalah buah pinggang yang dihadapi sebelum ini.

Dalam perkembangan lain, Ayai merupakan salah seorang peserta All Stars Gegar Vaganza yang bakal bersaing dengan 14 lagi peserta untuk merebut gelaran juara.

TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi