suria

Suka tiru suara Boboiboy, Tiktoker Ellisda dituduh tutup periuk nasi pemilik suara asal

PENYANYI dan Tiktoker Ellisda menerima kecaman hebat netizen susulan dakwaan cuba menutup pintu rezeki pengalih suara kartun animasi Boboiboy iaitu Nur Fathiah Diaz.

Ia susulan Ellisda didakwa cuba meniru suara Boboiboy yang menggunakan suara Fathiah sehingga menyebabkan ramai keliru tentang suara sebenar karakter kartun popular itu.

Ellisda atau nama sebenarnya Nurdamia’ Ellisda menjelaskan dia tidak pernah berniat menutup periuk nasi sesiap sebaliknya bakat meniru suara itu datang secara semula jadi.

"Ada kata bila saya buat suara Boboiboy tak sama tapi saya 'claim' sama dan bukan suara orang yang sebenarnya.

"Ada juga tak boleh terima saya buat suara Boboiboy sampai tergamak kata saya cuba tutup periuk nasi pemilik suara sebenar.

"Saya tak kisah apa orang nak kata, malah saya tak ambil negatif pun kecaman netizen itu," katanya kepada mStar.

TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI

Semua
Hiburan
Berita
Variasi