suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Ramai ucap tahniah terima gelaran Datuk, Ziana Zain tergelak baca berita tular… “Saya tak pernah terfikir pun”

BARU-BARU ini tular berita di media sosial mendakwa penyanyi wanita Ziana Zain kini sudah menerima darjah kebesaran membawa gelaran Datuk.

Menyangkal dakwaan tersebut, Ziana atau nama sebenarnya Siti Rozaina Zain, 55, berkata berita itu palsu dan tidak benar sama sekali.

“Bila Kak Gee (nama panggilan dirinya) lihat gambar tersebut dan fokus ini bukan gambar saya dan bila masa pula dapat tawaran gelaran Datuk ni, saya tak marah pun tapi geli hati bila lihat berita palsu ini.

“Saya pun tak tahu kerja siapa lagi pun berada dalam industri ini tak pernah pula terfikir untuk terima tawaran tu, ini adalah rezeki saya dan niat saya cuma nak hiburkan peminat.

“Mungkin orang lain ada motif untuk menerima gelaran tersebut tapi saya bukan macam itu dan terima kasih sangat kepada yang mungkin memandang sampai ke situ, kalau ada rezeki Alhamdulilah tapi saya tak kejar sangat pun gelaran tu,” kata Ziana kepada mStar.

TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi