suria

Yassin bangga ramai cuba nasib jadi pelawak, sekarang bayaran pun lumayan… “Tak salah melawak tapi jangan over”

PELAWAK Yassin Yahya menganggap kerjaya sebagai seorang pelawak kini sudah semakin berkembang baik berbanding zaman kegemilangannya dahulu.

Kata Yassin, 45, dahulu tidak ramai yang mahu bergelar pelawak tetapi kini sudah ramai pendatang baharu muncul mencuba nasib dalam bidang komedi.

“Zaman saya dahulu orang bertungkus lumus untuk menjadi seorang penyanyi atau pun pelakon tetapi pelawak memang tiadalah.

“Tapi sekarang jika dilihat semakin ramai mahu jadi pelawak dan itu satu perkara yang amat positif.

“Dan sedikit sebanyak saya sebagai seorang pelawak dapat lihat perkembangan penerimaan pelawak ini dah macam cendawan tumbuh,” katanya kepada mStar.

Dalam perkembangan lain, Yassin membintangi filem terbaharu berjudul Sumpahan Syaitan.

Selain Yassin, ia turut dibintangi oleh Farid Kamil, Datuk AC Mizal, Saiful Apek, Nynaa Harizal, Azlee Senario dan Pak Ya Sepahtu.

TONTON VIDEO PENUH TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi