suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

“Bukan gaduh, cuma salah faham”… Mamat Sepah harap Shuib dan Jep bersatu semula, jangan berpecah

PELAWAK Mamat Sepah meminta netizen tidak membuat sebarang spekulasi berhubung dakwaan wujud perselisihan faham membabitkan dua sahabatnya iaitu Shuib dan Jep.

Memilih untuk enggan mengulas lanjut mengenai krisis dalaman itu, Mamat atau nama sebenarnya Mohd Noor Murad berharap agar kedua rakan baiknya itu dapat selesaikan permasalahan ini dengan baik dan adil.

“Saya nak komen lebih-lebih pun tak boleh sebab tak ada di pentas mereka kan, tapi mereka sahabat baik saya dan ini satu dugaan untuk mereka sebab selama ni nak sangat jadi popular.

“Saya kenal mereka sebab Shuib dan Jep memang rapat dan tidak mungkin akan bergaduh macam ni sekali, kalau ada tu pun perkara biasa saja, harap jangan la berpecah sebab sakit sebenarnya kalau berpecah macam saya dulu pernah lalui itu,

“Kepada orang di luar atau netizen yang tak tahu cerita jangan tokok tambah atau membuat spekulasi yang bukan-bukan, sebab saya tahu mereka bagaimana,” kata Mamat kepada mStar.

TONTON VIDEO PENUH TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi