suria

“Ingat pertama itu lebih baik”… Azlee Senario dipuji hargai ‘orang rumah’, isteri dedah perangai sebenar

PELAWAK Azlee Senario mengakui terkejut apabila perkongsian video bersama isterinya iaitu Aslinda Ayob menjadi tular serta menerima pujian dalam kalangan netizen di aplikasi Tiktok.

Azlee atau nama sebenarnya Mohd Azlee Jaafar, 56 berkata perkongsian tersebut sekadar suka-suka dan hanya untuk meluahkan perasaan isi hati terhadap isteri tercinta yang sentiasa berada di sisi.

“Memang amat bersyukur kepada Allah kerana ini semua ketentuannya, sebenarnya saya ni tidak pandai sangat bermain Tiktok... tapi bila anak saya rakam dan kemudian memuat naik tak sangka terus tular pula.

“Satu rahmat sebenarnya sebab orang doa yang baik untuk saya dan keluarga, maka saya pun doa yang baik untuk mereka juga kembali.

“Pada saya kenapa kita perlu sorok atau sembunyikan isteri, sedangkan dia adalah isteri kita dan tugas sebagai seorang suami kena gembirakannya... sebab isteri paling teruk kerja dirumah tapi tugas kita hanya cari nafkah saja,” kata Azlee kepada mStar.

TONTON VIDEO PENUH TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi