suria

“Artis Hollywood tengok pelakon Malaysia tabik spring”… Aida Aris tak sanggup tonton video Fasha Sandha cedera

PELAKON senior Aida Aris terkejut dan sedih melihat keadaan terkini Fasha Sandha yang mengalami kecederaan di kepala serta mata kirinya sewaktu menjayakan penggambaran drama baru-baru ini.

Aida atau nama sebenarnya Siti Rohaida Mat Aris, 51, berkata dalam kes ini pelakon, pengarah serta kru teknikal harus memainkan peranan danlebih peka dengan keadaan sekeliling bagi mengelak berlaku kemalangan di lokasi.

“Kemalangan tetap akan berlaku tak kira bila dan di mana, macam pelakon Azhan Rani dan Fasha, mereka pelakon lama tapi tidak semestinya tidak pernah buat silap... tapi kita kena ada perancangan yang rapi sebelum melakonkan babak.

“Sedih dan terkejut juga bila lihat keadaan Fasha, dengar bunyi meletop dekat kepala tu memang sakit sangat tu sebab saya pun tak pernah kena macam tu cuma saya doa agar cepat sembuh.

“Dalam hal ini selain pelakon, pengarah dan kew teknikal prop harus memainkan pernanan untuk memastikan segalanya okay dan berjalan lancar cuma tak perlu kita salahkan sesiapa sebab semua harus pikul tanggungjawab masing-masing,” kata Aida kepada mStar.

TONTON VIDEO PENUH TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi